Carian Blog :

31 Jan 2013

Keratan Akhbar GM1M (Zon Sarawak)

Himpunan Guru Muda 1Malaysia (Zon Sarawak) telah berlangsung pada 29 Januari 2013 (Selasa) bertempat di SMK Sacred Heart, Sibu, Sarawak dan dihadiri lebih daripada 4,000 orang guru muda seluruh pelusuk Sarawak.

Berikut adalah beberapa keratan akhbar yang berkaitan dengan program yang tersebut di atas untuk tatapan pembaca blog ini.

29 Jan 2013

Raptai Penuh GM1M (Zon Sarawak) 2013

Dikongsikan bersama beberapa gambarsepanjangn raptai penuh majlis Himpunan Guru Muda 1Malaysia 2013 (Zon Sarawak) 2013 yang berlangsung pada 28 Januari 2013 (Isnin) bertempat di SK Sacred Heart, Sibu, Sarawak.






24 Jan 2013

Siri Mesyuarat Jabatan Pelajaran Sarawak Bil.1/2013

Siri Mesyuarat Jabatan Pelajaran Sarawak Bil.1/2013 akan berlangsung pada 4 hingga 7 Februari 2013 (Isnin - Khamis) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 4, Jabatan Pelajaran Sarawak. Mesyuarat tersebut akan dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Pengarah Pelajaran Sarawak, Encik Abdillah bin Adam.




22 Jan 2013

Aplikasi Pangkalan Data Murid

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membangunkan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) sebagai satu sistem pengkalan data tunggal bagi murid di seluruh negara.  APDM ini boleh diakses mellaui laman web http://sekolahmalaysia.com.

Sila muat turun Garis Panduan Penggunaan APDM untuk keterangan lanjut.

Sumber : MOE

18 Jan 2013

Himpunan Guru Muda 1Malaysia (Zon Sarawak)


Majlis Himpunan Guru Muda 1Malaysia (Zon Sarawak) akan diadakan di SMK Sacred Heart, Sibu, Sarawak pada 29 Januari 2013 (Selasa). Merujuk kepada aturcara, majlis tersebut akan bermula pada jam 1.00 petang dan akan disempurnakan oleh YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia.




17 Jan 2013

Pendaftaran Calon STAM 2013

Pendaftaran Calon Sekolah dan Calon Persendirian bagi Peperiksaan STAM 2013 akan bermula pada 1 Februari 2013 sehingga 21 Mac 2013. Borang pendaftaran boleh diperolehi daripada Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak atau Pejabat Pelajaran Daerah yang terdekat.

Untuk keterangan lanjut, sila layari ;


16 Jan 2013

Penempatan Guru Interim 2013

Penempatan Guru Interim Lepasan PISMP, B. ED. TESL dan IPTA ke SJKC dan SJKT mulai 16 Januari 2013

Sila muat turun
di sini




14 Jan 2013

Pindaan Cuti Berganti Perayaan Tahun Baru Cina 2013

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menerima permohonan daripada pihak-pihak tertentu agar tarikh cuti berganti pada 26 Januari 2013 dipinda ke satu tarikh yang lain.

Setelah mempertimbangkan permohonan tersebut, pihak KPM telah bersetuju membuat pindaan cuti tarikh berganti bagi perayaan Tahun Baru Cina 2013, daripada hari Sabtu, 26 Januari 2013 kepada hari Sabtu, 9 Mac 2013.


3 Jan 2013

Cadangan Cuti Peristiwa dan Cuti Berganti Tahun 2013

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menyelaras tarikh-tarikh cuti peristiwa dan cuti ganti bagi sesi persekolahan tahun 2013 yang melibatkan Perayaan tahun Baru Cina dan Perayaan Hari Deepavali. Sebarang permohonan cuti selain daripada yang ditetapkan oleh KPM hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Pelajaran Negeri selaku Pendaftar untuk kelulusan.


Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100


Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada murid yang telah dilaksanakan pada tahun 2012 akan diteruskan pelaksanaannya pada tahun 2013. Pemberian bantuan ini adalah bertujuan untuk meringankan bebanan yang ditanggung ibu bapa/penjaga murid.  Agihan akan dibuat mulai 15 Januari 2013.

2 Jan 2013

Keratan Akhbar Sesi Persekolahan Sarawak 2013

Kenyataan Akhbar Sesi Persekolahan Sarawak Tahun 2013 telah diedarkan kepada semua media elektronik dan media cetak pada 31 Disember 2012.  Justeru, dikongsikan bersama beberapa keratan akhbar yang berkaitan untuk tatapan bersama. Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Jabatan Penerangan Negeri Sarawak dan media-media massa yang terlibat.

 

RALAT : Kenyataan Akhbar Sesi Persekolahan Sarawak Tahun 2013

Dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Sarawak ingin memperbetulkan maklumat / ralat (RM 200.00 kepada RM 250.00) pada Kenyataan Akhbar Sesi Persekolahan Sarawak Tahun 2013 : Terus Menjulang Sarawak di muka surat 8, perkara 5.4. Bantuan Biasiswa.

1 Jan 2013

Kenyataan Akhbar : Sesi Persekolahan Sarawak Tahun 2013

Sehubungan dengan itu, Sesi Persekolahan 2013 bagi Kumpulan B (sekolah-sekolah di negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya) akan bermula pada 2 Januari 2013 (Rabu).
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...