Carian Blog :

28 Feb 2013

Semakan Tawaran Ambilan Kedua ke Tingkatan Empat (4) di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tahun 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Tawaran Ambilan Kedua ke Tingkatan Empat (4) di Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2013 boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia (www.moe.gov.my) bermula 27 Februari 2013 (Rabu).

Semakan dan Cetakan Tawaran 

Sumber : MOE

Semakan Penempatan Guru Interim di Sekolah Menengah, Kementerian Pelajaran Malaysia 2013

Semakan bagi penempatan Guru Interim di Sekolah Menengah, Kementerian Pelajaran Malaysia Tahun 2013 telah dibuka dari 27 Februari hingga 30 April 2013 melalui laman sesawang berikut ;

Aplikasi Semakan Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS)

Sumber : MOE

27 Feb 2013

Program Rakan Erat Guru (REGU) Bil.2/2013 "Sehati, Sejiwa, Samah Seatai"



Jabatan Pelajaran Sarawak akan mengadakan Program Rakan Erat Guru (REGU) Bil. 2/2013 : "Sehati, Sejiwa. Samah Seatai" bagi warga pendidikan daerah Miri pada ;

Tarikh : 2 Mac 2013 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi - 1.30 tengah hari
Tempat : SMK Agama Miri

Senarai Nama Peminjam Tegar Kementerian Pelajaran Malaysia

Bersama-sama ini dilampirkan senarai  Nama Peminjam Tegar Kementerian Pelajaran Malaysia. (Pembayaran yang telah dibuat pada bulan semasa akan dikemaskini pada bulan berikutnya).

Pendaftaran Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) Tahun 2013

Dimaklumkan bahawa tarikh pendaftaran calon persendirian bagi Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) tahun 2013 adalah pada 1 Mac hingga 31 Mac 2013.


Pengumpulan Maklumat Pegawai Kumpulan Pelaksana Yang Layak Diperakukan Kenaikan Pangkat Secara Khas Untuk Penyandang di Kementerian Pelajaran Malaysia bagi Tahun 2013

Dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sedang mengumpul maklumat Pegawai Kumpulan Pelaksana yang layak diperakukan kenaikan pangkat secara Khas Untuk Penyandang (KUP)  bagi tahun 2013. 


26 Feb 2013

Galeri Himpunan GM1M (Zon Sarawak)

Himpunan Guru Muda 1 Malaysia
Tarikh : 29 Januari 2013 (Selasa)
Masa : 2.00 petang - 5.00 petang
Tempat : SMK Sacred Heart Sibu
Fotografi : BTP Sibu & Encik Alistair (SK2P)

Galeri Majlis Housewarming Jabatan Pelajaran Sarawak 2013

Housewarming Jabatan Pelajaran Sarawak 2013
Tarikh : 23 Februari 2013 (Sabtu)
Masa : 7.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Jabatan Pelajaran Sarawak
Fotografi : Encik Christopher Cheong

21 Feb 2013

Tawaran Permohonan Cuti Belajar Separuh Gaji Tanpa Biasiswa (CBSG TB) di bawah Program Saluran Kedua/UPU Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Ambilan Tahun 2013



Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) membuka peluang kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang ingin mengikuti Program Cuti Belajar Separuh Gaji Tanpa Biasiswa (CBSG TB) di bawah Program Saluran Kedua / UPU Ambilan Tahun 2013. 



Tawaran Permohonan Cuti Belajar Tanpa Gaji Tanpa Biasiswa (CBTG TB) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Ambilan Tahun 2013



Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) membuka peluang kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang ingin mengikut Program Cuti Belajar Tanpa Gaji Tanpa Biasiswa (CBTG TB) Ambilan Tahun 2013 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran. 

Calon Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan Sempena Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-42 Tahun 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti telah diberi mandat untuk menjadi Urus Setia Pencalonan Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan sempena Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-42 tahun 2013. Sehubungan itu, pihak kami ingin mengalu-alukan pencalonan bagi Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan daripada warga pendidik yang  bernaung di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pelantikan Pengetua Sekolah Menengah dan Guru Besar Sekolah Mubaligh

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/2013
Pelantikan Pengetua Sekolah Menengah dan Guru Besar Sekolah Mubaligh

Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 1 Tahun 2013: Pelantikan Pengetua Sekolah Menengah dan Guru Besar Sekolah Rendah Mubaligh

Sumber : MOE

20 Feb 2013

Majlis Pelancaran Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan mengadakan Majlis Pelancaran Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah Di Bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 Peringkat Kebangsaan yang akan dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Pelajaran Malaysia berdasarkan pada ketetapan berikut :-

Tarikh : 24 Februari 2013 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi - 4.00 petang
Tempat : Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), Kuala Lumpur


Majlis Kasih Disemai Sayang Dibelai (Housewarming) Peringkat Jabatan Pelajaran Sarawak 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Sarawak akan mengadakan Majlis Kasih Disemai Sayang Dibelai (Housewarming) pada 23 Februari 2013 (Sabtu) bertempat di perkarangan Jabatan Pelajaran Sarawak jam 7.00 pagi - 12.00 tengah hari.

Perasmian SJK(C) Chung Hua Tudan, Miri

Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Datuk Amar Rosmah Mansor, Isteri Perdana Menteri Malaysia akan merasmikan  pembukaan sekolah SJK(C) Chung Hua Tudan, Miri pada 20 Februari 2013 jam 4.00 petang.

Sehubungan dengan itu, beliau juga akan bersama-sama rakyat Miri untuk Majlis Makan Malam bersempena dengan Sambutan Tahun Baru Cina 2013 bertempat di Eastwood Valley & Country Club, Miri jam 8.00 malam pada hari yang sama.

14 Feb 2013

Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun 2013 (Monbukagakusho : MEXT 2013) Latihan Perguruan

Tawaran Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun 2013 (Monbukagakusho : MEXT 2013) Latihan Perguruan boleh dicapai daripada laman sesawang KPM mulai 18 Februari - 5 Mac 2013.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi talian 03-83217143 / 7151. Harap maklum.


13 Feb 2013

Bantuan Baucar Buku 1Malaysia Tahun 2013

Pemberian Baucar Buku 1Malaysia diteruskan bagi tahun 2013 untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oloeh ibu bapa / penjaga pelajar.

Berikut adalah Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia dan Garis Panduan bagi pemberian baucar tersebut.

Surat Siaran KPM - Bantuan Baucar Buku 1Malaysia
Garis Panduan - Bantuan Baucar Buku 1Malaysia

Sumber : MOE

Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 (Bukan Warganegara)

Pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 diperluaskan kepada Murid Bukan Warganegara Tahun 2013.

Muat Turun :
Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia

Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC)

Pusat Panggilan 1Malaysia atau 1 Malaysia One Call Centre (1MOCC) kini memasuki fasa kedua dengan penglibatan kesemua 25 kementerian mulai 15 Januari 2013. Fasa satu 1MOCC telah dilaksanakan secara perintis sejak November 2012 merangkumi Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Perbadanan Putrajaya serta 21 agensi lain dibawah Jabatan Perdana Menteri. Pelancaran

11 Feb 2013

Persediaan Bagi Pilihanraya Umum Ke-13

Kepada semua Pegawai Pelajaran Daerah,

Seperti mana yang pihak tuan maklum, tempoh bagi penggal Parlimen Ke-12 akan berakhir tidak lama lagi. Justeru, Parlimen boleh dibubarkan bila-bila masa bagi membolehkan Pilihanraya Umum Ke-13 diadakan.

6 Feb 2013

Semakan Keputusan BR1M 2.0

Untuk mendapatkan keputusan permohonan BR1M 2.0 bagi zon ;

P.195 Bandar Kuching, P.196 Stampin, P.199 Serian, P.208 Sarikei, P.211 Lanang, P.212 Sibu dan P.219 Miri



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...