Carian Blog :

Memuatkan ...

13 Feb 2013

Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC)

Pusat Panggilan 1Malaysia atau 1 Malaysia One Call Centre (1MOCC) kini memasuki fasa kedua dengan penglibatan kesemua 25 kementerian mulai 15 Januari 2013. Fasa satu 1MOCC telah dilaksanakan secara perintis sejak November 2012 merangkumi Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Perbadanan Putrajaya serta 21 agensi lain dibawah Jabatan Perdana Menteri. Pelancaran


1MOCC telah disempurnakan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 12 November 2012. 1MOCC merupakan satu projek National Flagship dibawah National Blue Ocean Strategy (NBOS) bertujuan untuk memudah cara komunikasi orang awam dengan agensi Kerajaan melalui konsep pusat panggilan setempat. 1MOCC membolehkan orang awam untuk mengemukakan sebarang pertanyaan, aduan atau cadangan kepada pelbagai agensi Kerajaan menggunakan satu nombor perhubungan tunggal, 03-80008000.

Sumber : MOE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...