Carian Blog :

28 Mac 2013

Tindak Susul Bengkel Pemantapan Kursus Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah

Jabatan Pelajaran Sarawak mengucapkan tahniah kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan sekolah-sekolah yang telah melaksanakan Taklimat Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah di peringkat masing-masing. Sekolah-sekolah yang belum melaksanakan taklimat tersebut di atas adalah digalak untuk meneruskan usaha untuk melaksanakannya dengan kadar yang segera.

27 Mac 2013

Keputusan Pertandingan Boling Muhibbah 2013 Jabatan Pelajaran Sarawak (Anjuran Bank Rakyat Simpang Tiga Kuching)

Seperti yang sedia maklum, Pertandingan Boling Muhibbah 2013 Jabatan Pelajaran Sarawak (anjuran Bank Rakyat Cawangan Simpang Tiga) telah berlangsung pada 23 Mac 2013 (Sabtu) bertempat di Crystal Bowl BDC, Kuching.  Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan pertandingan tersebut dan tahniah kepada semua peserta yang sudi hadir.

26 Mac 2013

Pembayaran Balik Pinjaman Pelajaran dan Ganti Rugi Melalui Kaunter Rangkaian Pos Malaysia dan Portal PosOnline di Laman Web KPM

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan bekerjasama dengan Pos Malaysia Berhad (PMB) bagi menguruskan terimaan bayaran balik pinjaman pelajaran dan ganti rugi mungkir perjanjian KPM. 

Program Bursary Pelajar Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2012

Pada tahun ini, bagi mengiktiraf kecemerlangan pelajar lepasan SPM Tahun 2012, semua pelajar cemerlang yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya 9A+ dan ke atas akan ditawarkan Bursary (bantuan kewangan) secara automatik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tanpa mengira etnik, kaum, keturunan dan latarbelakang. 

22 Mac 2013

Pelaksanaan Pelan Tindakan dan Perlantikan Pegawai Meja Melindungi Masa Instruksional (MMI)

Pelan Tindakan Melindungi Masa Instruksional (MMI) telah dihasil dan dimurnikan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN). Pelan tindakan ini merupakan satu idea penambahbaikan dalam melindungi masa  instruksional di sekolah-sekolah dan sebagai satu panduan umum kepada JPN dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).

Anugerah Khas Ketua Menteri (AKKM) Sarawak 2013

Anugerah Khas Ketua Menteri (AKKM) Sarawak 2013 kini dibuka untuk pencalonan. Kriteria serta borang pencalonan boleh diakses dan dimuat turun melalui laman sesawang http://www.moe.gov.my/jpnsarawak atau engkabang.net. Borang pencalonan termasuk laporan bertulis serta dokumen sokongan hendaklah dihantar dalam bentuk softcopy dan hardcopy sektor yang menyelaras pada atau sebelum 16 Mei 2013. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Cik Malisa binti Edham di talian 082-473711.

Pertandingan National Science Challenge 2013 (Pusingan Awal)

Akademi Sains Malaysia (ASM) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), ASM-Young Scientists Network (YSN) dan ExxonMobil akan menganjurkan National Science Challange (NSC) 2013 bermatlamat untuk menggalakkan minat murid sekolah menengah dalam bidang sains, kejuruteraan, teknologi dan inovasi. Sila rujuk lampiran yang disertakan untuk keterangan lanjut :


Sumber : KPM & ASM

Pelaksanaan Bengkel Jurulatih Utama Negeri Modul Tenaga Boleh Baharu dan Kecekapan Tenaga Peringkat Sekolah Rendah Fasa Kedua 2013

Dimaklumkan bahawa Pusat Pendidikan, Latihan dan Penyelidikan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (CETREE), Universiti Sains Malaysia sedang menjalankan Bengkel Jurulatih Utama Negeri Modul Tenaga Boleh Baharu dan Kecekapan Tenaga Peringkat Sekolah Rendah Fasa Kedua 2013 di seluruh negara untuk mendedahkan konsep tenaga boleh baharu dan kecekapan tenaga kepada guru. Sila rujuk lampiran berikut untuk keterangan lanjut ;

Panduan Pelaksanaan dan Modul Program Mentor Mentee di Sekolah

Panduan pelaksanaan dan modul Program Mentor Mentee ini hendaklah dimanfaatkan sepenuhnya oleh guru-guru dalam melaksanakan program mentor mentee di sekolah.

Sila lihat modul di dalam pautan PENERBITAN atau klik di sini.

Sumber : KPM

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (PISMP) Ambilan 2013

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) seperti lampiran berikut. Permohonan secara atas talian boleh dibuat mulai jam 2 petang, 22 Mac 2013 (Jumaat).


Sumber : KPM

Kekosongan Jawatan Sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG44/48/52 di Kolej Matrikulasi KPM

Adalah dimaklumkan bahawa terdapat kekosongan jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG 44 / 48 / 52 di Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, sila muat turun Dokumen Permohonan Jawatan di sini.

Sumber : KPM

Maklumat bagi Urusan Pemangkuan Penolong Pegawai Tadbir (PPT) Gred N27 ke Gred N32 Perkhidmatan Gunasama Persekutuan (Sektor Dalam Negeri)

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan surat edaran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) rujukan JPA.BK(S)134/8/57 Jld.5(22) bertarikh 31 Oktober adalah berkaitan. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Perkhidmatan, JPA sedang mengumpul maklumat bagi urusan pertimbangan pemangkuan kenaikan pangkat Penolong Pegawai Tadbir Gred N32. 


Lampiran Untuk Persediaan Pengisian Jawatan Penolong Pegawai Tadbir (PPT) Gred N32 dan Gred N36 bagi tahun 2013/2014

Surat Edaran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), JPA.BK(S)134/8/57 Jld.5(22) bertarikh 4 Januari 2013 adalah berkaitan. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Perkhidmatan, JPA sedang dalam proses mengumpul maklumat bagi pengisian jawatan Penolong Pegawai Tadbir (PPT) Gred N32 dan Gred N36 bagi tahun 2013/2014.





Permohonan Untuk Mengisi Perjawatan Hakiki Sebagai SISC+ dan SIPartners+ Sepenuh Masa di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)

Makluman kepada semua guru Bahasa Melayu , Bahasa Inggeris dan Matematik sekolah menengah dan rendah seluruh negara. Permohonan untuk mengisi perjawatan hakiki sebagai SISC+ dan SIPartners+ sepenuh masa di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD). Kepada mereka yang berminat sila isi borang permohonan dan  serahkan kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) tuan/puan. Untuk sebarang kemusykilan sila emelkan ke alamat dtpbpsh2013@gmail.com

20 Mac 2013

Kenyataan Akhbar : Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Tahun 2012

KENYATAAN AKHBAR
 
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)
TAHUN 2012
 
Majlis Pengumuman Analisis Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 akan diadakan pada hari Khamis, 21 Mac 2013 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

19 Mac 2013

Iklan Jawatan Pensyarah Gred DG44 - Kolej Matrikulasi Kelantan dan Kolej Matrikulasi Sarawak

Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan jawatan kosong bagi pegawai - pegawai perkhidmatan pendidikan di Kolej Matrikulasi Kelantan dan Kolej Matrikulasi Sarawak. 






17 Mac 2013

Kenyataan Akhbar Berkaitan Seorang Guru di Kelantan Menghina Anggota Polis Melalui Laman Facebook

Berikut disertakan Kenyataan Akhbar daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Abdul Ghafar bin Mahmud berkaitan seorang guru di Kelantan menghina anggota polis melalui laman facebook.



15 Mac 2013

Kenyataan Akhbar : Keputusan Peperiksaan STPM 2012

Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 akan dikeluarkan pada 18 Mac 2013.  Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka di sekolah masing-masing pada tarikh tersebut mulai jam 12:00 tengah hari, manakala  calon persendirian individu akan memperolehnya melalui pos.  

Di samping itu, calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui Sistem Mesej Singkat (SMS) dengan menaip STPM RESULT<jarak><No. Kad Pengenalan> dan menghantarkannya ke 15888 serta secara dalam talian dengan melayari portal Majlis Peperiksaan Malaysia http://www.mpm.edu.my mulai jam 12:00 tengah hari pada tarikh berkenaan.

11 Mac 2013

9 Berita Baik Untuk Penjawat Awam

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan 'berita baik' sembilan perkara yang dinantikan oleh 1.4 juta kakitangan awam termasuk kenaikan gaji tahunan yang diawalkan dan akan berkuat kuasa mulai 1 Julai ini.

8 Mac 2013

Senarai Penempatan Guru Interim Sekolah Rendah 2013 (Sarawak)

Berikut disertakan Senarai Penuh Penempatan Guru Interim Sekolah Rendah 2013 (Zon Sarawak) untuk makluman.


Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Unit Sekolah Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Sarawak di talian 082-473738 / 739 / 723.

7 Mac 2013

Penangguhan Program 1Malaysia Perwani dan One Million Purple Walk

1Million Purple Walk akan diadakan bersempena Hari Wanita Antarabangsa (IWD 2013) yang disambut setiap tahun pada 17 Mac 2013 serentak di seluruh negara.

Tarikh / Masa : 17 Mac 2013 (Ahad) / 7.00 pagi - 1.00 petang
Tempat : Setempat di seluruh negara.
Kod Pakaian : Pakaian Sukan Berwarna Ungu


Surat Iringan Jabatan Pelajaran Sarawak :Pindaan Tarikh Cuti Berganti Sempena Perayaan Tahun Baru Cina Tahun 2013 (Sabtu, 9 Mac 2013 kepada Sabtu, 19 Mac 2013)

Merujuk kepada surat siaran Kementerian Pelajaran Malaysia ruj. KP(BPSH-SPDK)201/005/02/Jld.4(44) bertarikh 19 Februari 2013 adalah berkaitan.

Jabatan Pelajaran Sarawak membenarkan pihak sekolah (di Sarawak) untuk mengekalkan hari gantian persekolahan 9 Mac 2013 (Sabtu) seperti ketetapan terdahulu bagi cuti berganti sempena perayaan Tahun Baru Cina 2013 untuk sekolah-sekolah yang tidak terlibat dengan Ujian Bertulis MUET.

Liga Bola Sepak Kementerian Pelajaran Malaysia 2013

Sarawak akan menjadi tuan rumah kepada tujuh perlawanan (bawah 14 tahun) dan lapan perlawanan (bawah 17 tahun), Liga Bola Sepak Kementerian Pelajaran Malaysia 2013 bertempat di Stadium Mini SMK Tabuan Jaya (Sekolah Sukan Negeri Sarawak), Kuching.


5 Mac 2013

Notis Sebut Harga JP/S/2/2013 - Mencetak, membekal dan menghantar Buku Antologi XXVI dan Brosur Peraduan Esei dan Karya Kreatif Hari Guru XXVI 2013/2014.

Notis Sebut Harga JP/S/2/2013

Mencetak, membekal dan menghantar Buku Antologi XXVI dan Brosur Peraduan Esei  dan Karya Kreatif Hari Guru XXVI 2013/2014.


Tarikh Tutup : 14 Mac 2013

Sumber : JPN Sarawak

Pencarian Bakat Pelajar Pintar Cerdas Saringan Peringkat Pertama Ujian Dalam Talian UKM1 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa Saringan Pertama Pencarian Bakat Pelajar Pintar Cerdas Saringan Peringkat Pertama Ujian PERMATAPintar UKM1 akan bermula dari 1 Februari hingga 31 Mei 2013. Ujian tersebut terbuka kepada semua kanak-kanak dan remaja berumur 8 hingga 15 tahun dan boleh diakses secara atas talian di laman web http://www.permatapintar.edu.my. Rujuk Objektif Program.

Sumber : KPM

Pemakluman Penempatan Guru Interim SK (Sabah & Sarawak)

Dimaklumkan bahawa  calon-calon yang terlibat dengan sesi temuduga lantikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPPS) DG41 oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran adalah dibenarkan untuk menangguhkan urusan melapor diri bertugas sehingga 30 Mac 2013 bagi menghadiri temuduga pelantikan tersebut. Semua perbelanjaan bagi urusan melapor diri ke tempat bertugas adalah di bawah tanggungan calon.

Senarai Peminjam Tegar sehingga 28 Februari 2013

Dimaklumkan bahawa dilampirkan senarai Nama Peminjam Tegar Kementerian Pelajaran Malaysia.
(Pembayaran yang telah dibuat pada bulan semasa  akan dikemaskini pada bulan berikutnya)

4 Mac 2013

Surat Siaran Bil 5 - Pindaan Tarikh Cuti Berganti Sempena Perayaan Tahun Baru Cina Tahun 2013 (Sabtu 9 Mac 2013 kepada Sabtu 16 Mac 2013)

Bersama-sama ini disertakan Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.5.2013 - Pindaan Tarikh Cuti Berganti Sempena Perayaan Tahu Baru Cina Tahun 2013 (Sabtu 9 Mac 2013 kepada 16 Mac 2013) untuk makluman dan rujukan pihak tuan.

Surat Siaran bil 5

Sumber : KPM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...