Carian Blog :

29 Apr 2013

Siri Mesyuarat Jabatan Pelajaran Sarawak Bil. 2/2013

Adalah dimaklumkan bahawa Siri Mesyuarat Jabatan Pelajaran Sarawak Bil. 2/2013 akan diadakan pada 7 hingga 9 Mei 2013 (Selasa - Khamis) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 4, Jabatan Pelajaran Sarawak berdasarkan ketetapan berikut ;

Masa : Sila rujuk Jadual Siri Mesyuarat
Jawatankuasa : Sila rujuk Lampiran A
Agenda : Sila rujuk Lampiran A
Kod Pakaian : Pakaian Kerja / Kemas
Pengerusi : Yang Berbahagia Pengarah Pelajaran Sarawak

24 Apr 2013

Semakan Tawaran dan Rayuan ke Tingkatan 6 Bawah Sesi 2013 / 2014

Seperti yang sedia maklum, keputusan tawaran dan permohonan rayuan ke Tingkatan 6 Bawah Sesi 2013 / 2014 boleh disemak mulai 24 April 2013 (Rabu).  Justeru, sila layari laman sesawang berikut ;


Sumber : KPM

Permohonan Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Peringkat Kedoktoran dan Sarjana Sesi 2014

Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) merupakan satu program yang ditawarkan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) bagi mengikuti pengajian di peringkat Kedoktoran dan Sarjana di Dalam Negara dan Luar Negara secara Sepenuh Masa. 

(Pemakluman Awal) Pengumuman Keputusan Calon Berjaya ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2013/2014

Bahagian Matrikulasi KPM akan mengumumkan keputusan calon yang berjaya pada 25 April 2013.  

Hanya pelajar SPM 2012 yang telah membuat permohonan sebelum tarikh tutup pada 10 Oktober 2012 boleh menyemak keputusan di laman sesawang seperti berikut:

Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan ( BKP ) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti ( BKPU ) bagi Tahun 2013

Permohonan baru Biasiswa Kecil Persekutuan ( BKP ) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti ( BKPU ) bagi Tahun 2013 akan dibuka kepada sekolah mulai 29 April 2013 ini. Permohonan ini boleh dibuat kepada murid :-

1.   Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 - BKP
2.   Tingkatan 6 Atas - BKPU

Penangguhan Semakan Keputusan Panggilan Temu Duga Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (PISMP) Ambilan 2013

Adalah dimaklumkan semakan Keputusan Panggilan Temu Duga Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP) ditangguhkan kepada 25hb April 2013 (Khamis). Berikut dilampirkan perubahan kalendar aktiviti bagi urusan pengambilan pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP) Ambilan 2013.

Semakan Panggilan Temuduga Bagi Pensyarah Kolej Matrikulasi Kelantan & Sarawak / NPQEL Bil. 2/2013

Semakan Panggilan Temuduga Pensyarah Kolej Matrikulasi Kelantan & Kolej Matrikulasi Sarawak
Laman sesawang : http://www.moe.gov.my/bmkpm/temuduga

Semakan Panggilan Temuduga NPQEL Bil. 2/2013
Laman sesawang : http://103.6.239.178/npqel/1_semak_01.aspx 
SMS :iab<jarak>semak<jarak>npqel2013<jarak>no kad pengenalan dan hantar ke 15888.

Sumber : KPM

18 Apr 2013

Peraduan Mengarang Pantun Pendidikan 2013 Untuk Pelajar Sekolah Menengah dan Penjawat Awam (KPM)

PUSPANITA Cawangan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan PUSPANITA Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Bahagian Pengembangan Kesusteraan Kanak-Kanak dan Remaja, DBP akan mengadakan Peraduan Mengarang Pantun Pendidikan 2013 untuk pelajar sekolah menengah dan penjawat awam. Peraduan ini terbuka untuk semua pelajar sekolah menengah dan penjawat awam Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pertandingan Inovasi Cuaca Angkasa

Adalah dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia akan menganjurkan Pertandingan Inovasi Cuaca Angkasa bertujuan untuk memajukan sektor penyelidikan dan pendidikan sains angkasa di Malaysia.

17 Apr 2013

Tawaran Pelawaan Sebagai Calon Penulis Buku Teks Sekolah Rendah Untuk Kegunaan Mulai Tahun 2015

Tawaran dibuka kepada calon penulis yang berkebolehan, berpengalaman, berkelayakan dan mempunyai kepakaran serta memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan bagi menulis buku teks mata pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahun 5 untuk kegunaan mulai tahun 2015 yang dipertanggungjawabkan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

15 Apr 2013

Larangan Mengambil Bahagian Dalam Aktiviti Politik Kepada Warga KPM

Seperti yang sudah maklum, Pilihanraya Umum Ke-13 akan diadakan pada 5 Mei 2013 (Ahad) di seluruh negara. Justeru, semua warga Kementerian Pelajaran Malaysia adalah diingatkan mengenai larangan dalam mengambil bahagian dalam aktiviti politik.

Iklan Pemangkuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG44 ke Gred DG48 Tahun 2013 Kementerian Pelajaran Malaysia

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan pengurusan pemangkuan bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG44 ke Gred DG48 Bidang Umum, Bidang Teknikal dan Bidang Pendidikan Islam. Urusan pemangkuan ini bertujuan bagi mengisi kekosongan bagi jawatan-jawatan kenaikan pangkat PPPS DG48 di sekolah-sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan Bahagian-Bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia.

Garis Panduan Pengurusan Bon Pelaksanaan bagi Kontrak-Kontrak Bekalan dan Perkhidmatan Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.2/2013

Berikut disertakan Garis Panduan Pengurusan Bon Pelaksanaan bagi Kontrak-Kontrak Bekalan dan Perkhidmatan KPM Bil.1/2013.


Garis Panduan Pengurusan Bon Pelaksanaan Bagi Kontrak-Kontrak Bekalan Dan Perkhidmatan KPM Bil. 1 Tahun 2013

Sumber : KPM

Tawaran Tender Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (PKK) ke Sekolah-Sekolah / Institusi Pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia

Berikut disertakan kenyataan tawaran Tender Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (PKK) ke Sekolah / Sekolah / Institusi Pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.




Sumber : KPM

9 Apr 2013

Penutupan Beberapa Aplikasi Penting Bagi Tujuan Penyelenggaraan

Adalah dimaklumkan bahawa beberapa aplikasi penting antaranya adalah eOperasi, Sistem Pertukaran Guru, Sistem Pertukaran Bukan Guru, ePangkat dan Sistem Semakan dan Pembayaran Balik Secara Online akan ditutup sementara bermula jam 5 petang (5/4/2013) sehingga 5 pagi (6/4/2013) untuk kerja-kerja penyenggaraan. Segala kesulitan amatlah dikesali.

Sumber : KPM

5 Apr 2013

Tips Untuk Pilihanraya Ke-13 Akan Datang

Ketahui Hak & Prosedur Anda Sebagai Pengundi. Undi Anda Adalah Rahsia.

4 Apr 2013

Penangguhan Siri Mesyuarat Jabatan Pelajaran Sarawak Bil.2/2013

Sehubungan dengan itu, adalah dimaklumkan bahawa Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak telah mengumumkan pembubaran Parlimen pada 3 April 2013 untuk memberi laluan kepada Pilihanraya Umum Ke-13.

Tawaran Permohonan Program Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah / Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) [SPADA / MSPADA] Sesi 2013/2014

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) membuka peluang kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) yang ingin mengikuti Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan bagi mengikuti Program Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah/Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) [SPADA/MSPADA] di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) Sesi 2013/2014.




3 Apr 2013

Pengumuman Pembubaran Parlimen Bagi Pilihanraya Umum Ke-13

Akhirnya Parlimen telah dibubar berkuat kuasa hari ini, sekali gus membuka laluan bagi Pilihan Raya Umum ke-13. Segala persoalan yang cuba dipolitikkan oleh pihak pembangkang terjawab sudah. Pembubaran telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.




Tawaran Temuduga Mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Bagi Pelajar Cemerlang SPM 2012

Calon Cemerlang SPM 2012 yang memperolehi 9A ke atas dan berminat mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP) Ambilan Jun 2013 adalah dipelawa untuk menghadiri temu duga. Sila layari laman sesawang KPM di alamat www.moe.gov.my mulai 3 April 2013 sehingga 7 April 2013 untuk pengesahan kehadiran




Kemasukan ke Tingkatan 6 Tahun 2013 (Sarawak)

Adalah dimaklumkan bahawa pelajar yang layak ditempatkan di Tingkatan Enam Bawah Tahun 2013 boleh membuat semakan mulai 24 April 2013 melalui laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia (www.moe.gov.my). Justeru, tarikh kemasukan adalah pada 8 Mei 2013.

Sila muat turun Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia untuk keterangan lanjut.


1 Apr 2013

Pelaksanaan Skim Insurans Murid Sekolah (SIMS) di bawah Suruhanjaya Pengangkutan

Pelaksanaan Skim Insurans Murid Sekolah (SIMS) adalah program Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Program ini memberi skim perlindungan insurans kepada murid sekolah yang menggunakan bas/van sekolah yang berlesen dengan SPAD di seluruh Semenanjung Malaysia dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) bagi Sabah dan Sarawak mulai 2 Januari 2013 sehingga 1 Januari 2014. 


Tema Hari Guru 2013 : Guru Malaysia : 1Aspirasi, 1Agenda

Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) selaku Urus Setia Pemilihan Tema Hari Guru 2013 telah menerima persetujuan dan pengesahan dari Pejabat YAB Menteri Pelajaran berhubung Tema Hari Guru 2013. Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan tema yang telah dipersetujui oleh  YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran adalah:


Pertandingan Pertunjukan Sains Petrosains 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa Petrosains Sdn. Bhd. akan menganjurkan Pertandingan Pertunjukan Sains Petrosains 2013 yang bertujuan untuk memupuk minat mempelajari sains dalam kalangan murid sekolah menengah iaitu dalam keadaan bersahaja dan menghiburkan. Pertandingan ini dibuka mulai Februari sehingga 30 Mei 2013.


Senarai Peminjam Tegar Pinjaman Pelajaran KPM sehingga 29.3.2013

Dimaklumkan bahawa dilampirkan senarai Nama Peminjam Tegar Kementerian Pelajaran Malaysia (sehingga 29 Mac 2013). Pembayaran yang telah dibuat pada bulan semasa  akan dikemaskini pada bulan berikutnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...