Carian Blog :

19 Mei 2013

[Muat Turun] Tapak - Rumusan Data Instrumen Penilaian Pelaksanaan Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah Sarawak

Semua Pejabat Pelajaran Daerah dimohon untuk memuat turun Tapak - Rumusan Data Instrumen Penilaian Pelaksanaan Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah Sarawak di sini.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Harani bin Anu di talian 082-473713 / 741 . Sekian, terima kasih,

16 Mei 2013

Pembelian G2G (Goverment-To-Goverment) Bagi Modul Pembelian Terus Melalui Sistem ePerolehan

Surat Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset, KPM ruj. KP(BPPA)600-0/8/4(1) bertarikh 16 Mei 2013 adalah dirujuk.

Selaras dengan usaha untuk meningkatkan penggunaan sistem ePerolehan, fungsi pembelian Goverment-To-Goverment, G2G bagi modul pembelian terus telah dibangunkan untuk membolehkan agensi Kerajaan menggunakan Sistem eP untuk membuat perolehan daripada agensi Kerajaan yang lain. Oleh itu, semua pembelian G2G bagi Modul Pembelian Terus tidak perlu menggunakan eSPKB.

Barisan Kabinet Kerajaan Malaysia (2013 - 2018)

Perdana Menteri:
  • YAB Dato’ Sri Haji Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak (UMNO)

Timbalan Perdana Menteri:

  • YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Yassin (UMNO)




14 Mei 2013

Jemputan ke Siri Mesyuarat Jabatan Pelajaran Sarawak Bil. 3/2013 dan Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2013

Adalah dimaklumkan bahawa Siri Mesyuarat Jabatan Pelajaran Sarawak Bil. 3/2013 akan diadakan pada 20 Mei 2013 (Isnin) bertempat di Hotel Meligai, Kapit berdasarkan ketetapan berikut ;

Masa : Sila rujuk Jadual Siri Mesyuarat
Jawatankuasa : Sila rujuk Lampiran A
Agenda : Sila rujuk Lampiran A
Kod Pakaian : Pakaian Kerja / Kemas
Pengerusi : Yang Berbahagia Pengarah Pelajaran Sarawak

13 Mei 2013

Modul Murid Sihat Murid Selamat Pra Sekolah

Pengetahuan dan kemahiran mengenai aspek kesihatan dan keselamatan amat wajar ditekankan kepada murid prasekolah memandangkan generasi muda harus dididik dan diterapkan tentang kepentingan penjagaan keselamatan, kebersihan dan kesihatan seawal usia kanak-kanak.

Promosi Jurnal Penyelidikan

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia  akan menerbitkan Jurnal Penyelidikan Pendidikan Jilid 14 untuk tahun 2013. Sehubungan dengan itu, Bahagian ini menjemput semua pegawai di bawah institusi pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia yang berminat untuk menyumbang artikel berbentuk penyelidikan atau penilaian pendidikan bagi tujuan penerbitan jurnal tersebut. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 31 Mei 2013.

10 Mei 2013

100 Hari Pertama Pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan

10 April adalah hari ke-100 perjalanan 13 tahun transformasi sistem pendidikan di Malaysia. Pada hari tersebut, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin merasmikan sambutan 100 hari pertama di SMK Jalan Empat, Bangi.

Memahami Kandungan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia : Aspirasi Sistem

Pendidikan berkualiti masih merupakan satu jaminan terbaik untuk berjaya di masa hadapan. Kajian telah menunjukkan bahawa pendidikan berkualiti di peringkat awal kehidupan membawa kepada pendapatan yang tinggi dan meningkatkan mobiliti sosio-ekonomi, membolehkan kita untuk memenuhi wawasan menjadi negara berpendapatan tinggi.

Pemantapan Penggunaan Sistem Mel Elektronik Di Agensi-Agensi Di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia

Surat Siaran Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia ruj. KP.BPM.100-1/8/4 Jld.2(5) bertarikh 8 Mei 2013 adalah dirujuk.

Sehubungan dengan itu, pihak MAMPU telah mengeluarkan pekeliling dan surat arahan bagi memberi panduan berkenaan penggunaan dan pengendalian emel rasmi di agensi-agensi kerajaan seperti berikut ;

Program Susu 1Malaysia

Program Susu 1 Malaysia (PS1M) adalah kesinambungan program bantuan susu sekolah (Program Susu Sekolah) yang mana telah dimulakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1983.  Ia merupakan satu program bagi meningkatkan tahap pemakanan murid-murid sekolah rendah terutamanya di sekolah-sekolah luar bandar.  Di bawah PS1M, murid-murid sekolah akan diberikan susu UHT sepanjang pelaksanaan program.  Bagi memastikan susu yang diberi kepada murid berkualiti dan selamat, maka garis panduan pengendalian bekalan susu sekolah ini diwujudkan.

Bersama-sama ini disertakan Garis Panduan Pengendalian Bekalan Susu Sekolah sebagai panduan kepada syarikat pembekal dan juga kepada guru-guru dalam mengendalikan bekalan susu bagi memastikan susu UHT yang dibekalkan kepada murid-murid adalah selamat.

Garis Panduan tersebut juga meliputi langkah-langkah kawalan keselamatan di setiap peringkat rantaian pembekalan susu sekolah iaitu dari peringkat kilang sehingga ke peringkat edaran di sekolah termasuk pengendalian bekalan susu sekolah yang melibatkan penyimpanan, pengangkutan dan pengedaran.



Sumber : KPM

7 Mei 2013

Tawaran Bantuan RM 1 Juta oleh BSN Kepada Sekolah Melalui Program Skim Galakkan Simpanan Pelajar (SGSP)

Kempen Insentif RM1Juta untuk SGSP dicetuskan oleh pihak Pengurusan bagi menarik minat pihak sekolah untuk menggalakkan pelajar-pelajarnya menabung di dalam Akaun Giro/Giro.

Kempen ini akan dijalankan dalam tempoh tujuh (7) bulan iaitu bermula dari 1 April 2013 hingga 31 Disember 2013.

Kajian Persepsi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

Kementerian Pelajaran Malaysia telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) yang memberi fokus kepada 5 aspirasi sistem, 6 aspirasi murid dan 11 anjakan.

Untuk menjayakan pelaksanaan PPPM, Kementerian memerlukan sokongan pelbagai pihak berkepentingan. Sebagai pihak berkepentingan, kami ingin mendapat maklumbalas daripada anda, sejauh mana kefahaman anda terhadap inisiatif PPPM. 

Pencalonan Sekolah Kluster Kecemerlangan 2013 - Tarikh Tutup Permohonan 9 Mei 2013

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan yang memenuhi syarat-syarat generik untuk memohon bagi diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan Tahun 2013 
 
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 9 MEI 2013
 

'Like' Facebook dan 'Follow' Twitter Hari Guru 2013


Page Facebook dan Twitter telah dibina sempena perayaan Hari Guru 2013. Layari pautan-pautan berikut:

Page Facebook Hari Guru 2013 :
https://www.facebook.com/HariGuru2013

Twitter Hari Guru 2013 :
https://twitter.com/HariGuru2013

Sumber : KPM

Senarai Peminjam Tegar Pinjaman Pelajaran KPM sehingga 30 April 2013

Dimaklumkan bahawa dilampirkan senarai Nama Peminjam Tegar Kementerian Pelajaran Malaysia. (Pembayaran yang telah dibuat pada bulan semasa  akan dikemaskini pada bulan berikutnya)
 

Peraduan Penulisan Cerpen Pelajar Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah 2013

Peraduan Menulis Cerpen Pelajar Sekolah Menengah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah diadakan sejak tahun 2008. Tujuan peraduan ini diadakan adalah untuk membina dan mencungkil bakat penulisan kreatif dalam kalangan pelajar, memberi galakan dan memupuk minat berkarya dalam kalangan remaja supaya mereka berminat dalam bidang penulisan kreatif. 
 
 

Laman Sesawang Sambutan Perayaan 50 Tahun Sarawak Merdeka Dalam Malaysia

Sukacita dimaklumkan bahawa laman sesawang bersempena Sambutan Perayaan 50 Tahun Sarawak Merdeka Dalam Malaysia Tahun 2013 telah dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Datu Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin dan boleh dilayari bermula 1 April 2013 melalui http://jubliemas.sarawak.gov.my .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...