Carian Blog :

Memuatkan ...

10 Mei 2013

100 Hari Pertama Pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan

10 April adalah hari ke-100 perjalanan 13 tahun transformasi sistem pendidikan di Malaysia. Pada hari tersebut, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin merasmikan sambutan 100 hari pertama di SMK Jalan Empat, Bangi.

Kemajuan yang kukuh pada 100 hari pertama adalah penting untuk membina keyakinan dan momentum, serta membuktikan keupayaan sistem untuk melaksanakan transformasi pendidikan. Pada 100 hari pertama, kerajaan telah memperoleh 6 pencapaian berikut;
  1. Pelancaran 1Agenda yang menyatukan inisiatif-inisiatif Kementerian untuk mencapai aspirasi di dalam PPPM 2013-2025;
  2. Penubuhan PADU sebagai unit pelaksanaan untuk 1Agenda;
  3. Pelancaran dan pengedaran sarana ibu bapa dan sekolah;
  4. Pengujian kemahiran semua Guru Bahasa Inggeris dan memulakan latihan peningkatan kemahiran bagi mereka yang memerlukan;
  5. Rintis Program Transformasi Daerah di Sabah dan Kedah; dan
  6. Pelancaran perpustakaan video e-Guru untuk membolehkan akses universal kepada teknik pengajaran terbaik di dalam kelas.
Langkah terus dilakukan untuk memastikan kejayaan pelaksanaan selama 13 tahun ini.

Sumber : KPM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...