Carian Blog :

Memuatkan ...

10 Mei 2013

Memahami Kandungan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia : Aspirasi Sistem

Pendidikan berkualiti masih merupakan satu jaminan terbaik untuk berjaya di masa hadapan. Kajian telah menunjukkan bahawa pendidikan berkualiti di peringkat awal kehidupan membawa kepada pendapatan yang tinggi dan meningkatkan mobiliti sosio-ekonomi, membolehkan kita untuk memenuhi wawasan menjadi negara berpendapatan tinggi.

Sejak negara mencapai kemerdekaan, komitmen kerajaan dalam penyediaan pendidikan tidak pernah surut. Kerajaan sentiasa meletakkan agenda pendidikan sebagai agenda utama negara. Malaysia telah membelanjakan sebanyak 3.8% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar ke atas pendidikan, satu jumlah yang besar berbanding dengan purata negara OECD sebanyak 3.4%.

Dalam pelaburan yang besar, negara kita telah mencapai akses kepada pendidikan yang hampir menyeluruh. Namun begitu, kita masih ketinggalan dari segi kualiti berdasarkan pentaksiran antarabangsa PISA dan TIMSS. Sebagai contoh, prestasi murid berusia 15 tahun di Singapura, Korea Selatan dan Hong Kong adalah tiga tahun terkehadapan berbanding prestasi murid di sekolah kita.

Oleh itu, transformasi pendidikan ini amat penting selari dengan hasrat untuk menjadikan negara kita sebuah negara yang berpendapatan tinggi menjelang 2020. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia telah disediakan untuk mencapai 5 aspirasi iaitu;
  1. 100% enrolmen daripada prasekolah sehingga Tingkatan 5 menjelang 2020;
  2. Negara dalam kelompok sepertiga teratas sistem pendidikan terbaik dunia dalam pentaksiran antarabangsa TIMSS dan PISA dalam 15 tahun;
  3. 50% pengurangan dalam jurang pencapaian benadar-luar bandar, sosio ekonomi dan gender menjelang 2020;
  4. Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian; dan
  5. Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia ada.

Sumber : KPM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...