Carian Blog :

Memuatkan ...

10 Mei 2013

Program Susu 1Malaysia

Program Susu 1 Malaysia (PS1M) adalah kesinambungan program bantuan susu sekolah (Program Susu Sekolah) yang mana telah dimulakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1983.  Ia merupakan satu program bagi meningkatkan tahap pemakanan murid-murid sekolah rendah terutamanya di sekolah-sekolah luar bandar.  Di bawah PS1M, murid-murid sekolah akan diberikan susu UHT sepanjang pelaksanaan program.  Bagi memastikan susu yang diberi kepada murid berkualiti dan selamat, maka garis panduan pengendalian bekalan susu sekolah ini diwujudkan.

Bersama-sama ini disertakan Garis Panduan Pengendalian Bekalan Susu Sekolah sebagai panduan kepada syarikat pembekal dan juga kepada guru-guru dalam mengendalikan bekalan susu bagi memastikan susu UHT yang dibekalkan kepada murid-murid adalah selamat.

Garis Panduan tersebut juga meliputi langkah-langkah kawalan keselamatan di setiap peringkat rantaian pembekalan susu sekolah iaitu dari peringkat kilang sehingga ke peringkat edaran di sekolah termasuk pengendalian bekalan susu sekolah yang melibatkan penyimpanan, pengangkutan dan pengedaran.



Sumber : KPM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...