Carian Blog :

29 Jun 2013

Senarai Peminjam Tegar Pinjaman Pelajaran Kementerian Pelajaran Malaysia sehingga 28 Jun 2013

Dimaklumkan bahawa dilampirkan senarai Nama Peminjam Tegar Kementerian Pelajaran Malaysia. (Pembayaran yang telah dibuat pada bulan semasa  akan dikemaskini pada bulan berikutnya)

25 Jun 2013

Siri Mesyuarat Jabatan Pelajaran Sarawak Bil. 4/2013 (Bahagian I)

Siri Mesyuarat Jabatan Pelajaran Sarawak Bil.4/2013 (Bhg I)) akan berlangsung pada 27 hingga 29 Jun 2013 (Khamis - Sabtu) bertempat di Hotel Parkcity Everly, Bintulu. Mesyuarat tersebut akan dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Pengarah Pelajaran Sarawak, Encik Abdillah bin Adam.




21 Jun 2013

Pemansuhan Pejabat Pengurusan Pelaksanaan (Delivery Management Office)

Merujuk kepada surat Kementerian Pendidikan Malaysia ruj. KPM.DMO/100-2/2/1 (34) bertarikh 18 Jun 2013.

Dimaklumkan bahawa Pejabat Pengurusan Pelaksanaan (Delivery Management Office, DMO) secara rasminya telah dimansuhkan dan hanya akan beroperasi di pejabat sedia ada di Aras 4, Blok E8, KPM sehingga 21 Jun 2013. Segala urusan dan tugas-tugas rasmi yang dikendalikan oleh pejabat DMO selama ini akan diambil alih oleh Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (PADU).

20 Jun 2013

Pusat Urusan Pengambilan Calon Guru Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2013

Segala urusan berkaitan Pengambilan Calon Guru Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2013 telah berpindah ke alamat berikut ;

Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1, Enterprise Building 3,
Blok 2200 Persiaran APEC, Cyber 6,
63000 Cyberjaya
(Sektor Hal Ehwal Pelajar & Hubungan Luar)
03-83126766 / 03-83126720 / 03-83126734 

Sumber : KPM

Langkah-Langkah KPM bagi Menjamin Kesihatan dan Keselamatan Murid-Murid Di Sekolah-Sekolah Yang Berada Dalam Kawasan Berjerebu Yang Dianggap Kritikal

Merujuk kepada Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 15 Ogos 2012 telah bersetuju meluluskan pindaan kepada Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan.  Justeru, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diarahkan supaya mengambil langkah-langkah wajar bagi menjamin kesihatan dan keselamatan murid-murid di sekolah-sekolah yang berada di kawasan jerebu kritikal.



15 Jun 2013

Pelaksanaan Modul Kehadiran Guru Menerusi Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan (EMIS)

Adalah dimaklumkan bahawa Transformasi Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) merupakan salah satu inisiatif dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang memerlukan indikator keberadaan guru di sekolah dapat dilihat secara langsung setiap hari melalui Dashboard PPD.

12 Jun 2013

Penangguhan Keputusan Pertukaran Guru (e-GTukar)

Adalah dimaklumkan bahawa Keputusan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Antara Negeri / Antara Daerah / Dalam Daerah bagi Sesi Jun 2013 adalah ditangguhkan pada suatu masa yang akan dimaklumkan kelak. KPM sedang menyelaras pertukaran guru bersekali dengan pengisian penempatan guru baharu bagi mengelakkan masalah kekurangan guru yang boleh mengganggu pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Segala kesulitan amat dikesali.


Sumber : Portal e-GTukar

11 Jun 2013

Ketua Setiausaha & Ketua Setiausaha II, Kementerian Pelajaran Malaysia

Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Madinah Mohamad dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, berkuatkuasa Isnin ini.

Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Datuk Dr Zaini Ujang pula dilantik sebagai Ketua Setiausaha II kementerian yang sama, juga mulai Isnin, kata Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa dalam kenyataan pada Jumaat.

Tempat Madinah akan diambil alih oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Datuk Dr Rosli Mohamed mulai tarikh yang sama. YBhg Datuk Dr Madinah, 56, yang berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah dan Ijazah Sarjana dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia dari Universiti Putra Malaysia, berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama lebih 32 tahun.

Permohonan Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Tahun 2013 bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPLD)

Sukacita dimaklumkan, Permohonan Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Tahun 2013 bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPLD) sedang dibuka bermula 10 Jun 2013 (Isnin) sehingga 14 Julai 2013 (Ahad) . Sila klik di sini.

Sumber : KPM

Semakan Keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi PST & PDT Semester II Sesi 2012 / 2013

Pelajar boleh menyemak keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi Sesi 2012/2013 pada 6 Jun 2013 mulai jam 12 tengah hari dengan menggunakan salah satu cara berikut :-
  1. Melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/keputusan_exam/
  2. SMS dengan menaip MOE<jarak>MAK<jarak>No.KP dan hantar kepada 15888
  3. Menyemak di kolej masing-masing.

Sumber : KPM

Senarai Peminjam Tegar Pinjaman Pelajaran Kementerian Pelajaran Malaysia sehingga 31 Mei 2013

Dimaklumkan bahawa dilampirkan senarai Nama Peminjam Tegar Kementerian Pelajaran Malaysia. (Pembayaran yang telah dibuat pada bulan semasa  akan dikemaskini pada bulan berikutnya)

Surat Siaran Iklan Jawatan Guru Cemerlang dan Pensyarah Cemerlang 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia akan melaksanakan urusan pemangkuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) sebagai Guru Cemerlang di sekolah dan Pensyarah Cemerlang di Institut Pendidikan Guru (IPG), Institut Aminuddin Baki (IAB), Kolej Matrikulasi (KM) dan English Language Teaching Centre (ELTC) secara Khas Untuk Penyandang (KUP) di Kementerian Pendidikan Malaysia tahun 2013. 
 

Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (PADU)

PADU merupakan unit pengurusan penyampaian berorientasikan tindakan yang telah diamanahkan untuk memastikan visi dan aspirasi PPPM dapat direalisasikan. Pada masa ini, PADU sedang mencari pegawai yang berpengalaman dan berkemahiran untuk mengisi jawatan-jawatan di organisasi kami.  PADU terdiri  daripada 4 bahagian  utama iaitu i) pembelajaran murid ii) Guru dan Kepimpinan Sekolah, iii) Transformasi Kementerian; dan iv) Struktur Sistem.   

Penyertaan Pertandingan Japan Prize 2013 : International Contest For Educational Media

Pertandingan ini berrmula sejak dari tahun 1965 dengan tujuan untuk menggalakkan pencapaian dan keberkesanan pendidikan melalui penggunaan media video, rancangan televisyen, filem, laman web, permainan elektronik dan medium audio visual interaktif yang lain.
 
Sehubungan dengan itu, semua sekolah digalakkan untuk menyertai pertandingan ini dan maklumat lanjut berkenaan pertandingan tersebut boleh didapati melalui laman webwww.nhk.or.jp/jp-prize/english/index.html dan sejarah pertandingan ini boleh didapati melalui laman web www.nhk.or.jp/jp-prize/pdf/past/JP2012.pdf. Tarikh tutup penyertaan pertandingan ini adalah pada 30 Jun 2013.

Sumber : KPM

Surat Pekeliling Kewangan Bil. 1/2013 : Rancangan Makanan Tambahan di Sekolah Rendah

Surat Pekeliling ini bertujuan untuk menggariskan peraturan dan tatacara pentadbiran, pengurusan kewangan dan perakaunan dalam melaksanakan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah rendah mulai bulan Mei tahun 2013.


Sumber : KPM

7 Jun 2013

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...