Carian Blog :

Memuatkan ...

11 Jun 2013

Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (PADU)

PADU merupakan unit pengurusan penyampaian berorientasikan tindakan yang telah diamanahkan untuk memastikan visi dan aspirasi PPPM dapat direalisasikan. Pada masa ini, PADU sedang mencari pegawai yang berpengalaman dan berkemahiran untuk mengisi jawatan-jawatan di organisasi kami.  PADU terdiri  daripada 4 bahagian  utama iaitu i) pembelajaran murid ii) Guru dan Kepimpinan Sekolah, iii) Transformasi Kementerian; dan iv) Struktur Sistem.   


Anda yang berjaya akan bertanggungjawab untuk memastikan semua inisiatif  di setiap bahagian dapat dilaksanakan bagi mencapai keberhasilan yang ditetapkan. 

Sila muat turun borang permohonan PADU dan borang yang telah lengkap diisi , sila dikembalikan melalui emel ke alamat berikut padu.rekrut@moe.gov.my.Sekian terima kasih.

Sumber : KPM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...