Carian Blog :

31 Jul 2013

Tawaran Program Mengikuti Pasangan (Spouse Programme) Tahun 2013

Adalah dimaklumkan bahawa Tawaran Program Mengikuti Pasangan (Spouse Programme) Tahun 2013  kini boleh dicapai melalui laman sesawang KPM bermula dari 31hb. Julai hingga 31 Disember 2013.
 
Untuk Maklumat lanjut, sila hubungi 03-8321 7159/03-8321 7143/03-8321 7151 pada waktu pejabat.


29 Jul 2013

Aplikasi Permohonan Mengikuti Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO) Guru Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah 2013

Sukacita dimaklumkan, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) yang sedang berkhidmat di sekolah di bawah kelolaan KPM dan sedang mengajar subjek bukan opsyen asal untuk mengikuti Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO). Sila layari http://apps.moe.gov.my/abpg/pito untuk maklumat lanjut dan permohonan secara dalam talian.
 
Sumber : KPM

24 Jul 2013

Pencalonan Bagi "FUKUOKA PRIZE 2014 & 2015"

Fukuoka Prize telah ditubuhkan oleh Fukuoka City dan Yokatopia Foundation sejak tahun 1990. Objektif utama penubuhannya ialah "contributing to the promotion of outstanding culture in the Asian region, and the enhancement of mutual understanding and peace in the region." Sehubungan dengan itu, terdapat 3 kategori yang dicalonkan iaitu "Grand Prize", "Academic Prize" dan "Arts and Culture Prize".
Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat serta kriteria kelayakan memohon seperti yang digariskan dalam Lampiran A yang berminat hendaklah mengemukakan pencalonan terus kepada pihak penganjur dan sesalinan dipanjangkan ke Bahagian Dasar dan Antarabangsa (Sektor Pengajian Tinggi) sebelum atau pada 30 September 2013 (Isnin).
Sumber : KPM

22 Jul 2013

Permohonan Mengikuti Diploma Antarabangsa Pendidikan Jasmani dan Kejurulatihan Sukan 2013

Permohonan mengikuti Diploma Antarabangsa Pendidikan Jasmani Dan Kejurulatihan Sukan 2013 boleh dilayari melalui http://apps.moe.gov.my/abpg/kdp2013 . Untuk makluman, tarikh pelaksanaan Diploma Antarabangsa Pendidikan Jasmani dan Kejurulatihan Sukan telah dipinda kepada 21 Oktober 2013 hingga 18 Disember 2013. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa
 
Sumber : KPM

Cuti Peristiwa dan Cuti Berganti Sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 2013

Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ruj. KP/KPPM/7 (18) bertarikh 19 Julai 2013 adalah berkaitan.

KPM telah bersetuju memberi kemudahan Cuti Peristiwa / Cuti Berganti  bagi hari persekolahan pada 4, 5 dan 6 Ogos 2013. Bagi tujuan penyelarasan, pihak sekolah hendaklah terlebih dahulu memohon Cuti Peristiwa / Cuti Berganti tersebut kepada Pendaftar masing-masing untuk kelulusan. Sila rujuk Lampiran A bagi keterangan lanjut.

Sumber : KPM

19 Jul 2013

Tender Perkhidmatan Kebersihan Bangunan dan Kawasan di Sekolah / Institusi Pendidikan (Zon Sarawak)

Adalah dimaklumkan bahawa Tender Perkhidmatan Kebersihan Bangunan dan Kawasan di Sekolah / Institusi Pendidikan akan mula dijual pada 21 Ogos 2013 (Rabu).  Tawaran ini adalah dipelawa kepada pembekal-pembekal Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah Kod Bidang Bekalan / Perkhidmatan di bawah Kepala dan Sub-Kepala 221001 (Pembersihan Bangunan dan Pejabat) dan 221002 (Membersih Kawasan) yang masih sah dan berkuatkuasa. Sub Kepala 220401 (Mencuci Bangunan) dan 220402 (Mencuci Kawasan) adalah tidak diterima.

Sebut Harga Untuk Kerja-Kerja Pendawaian Semula Elektrik bagi Sekolah-Sekolah Kerajaan di bawah Pakej Ransangan Khas (PRK) untuk Kementerian Pendidikan Malaysia, Zon 7 Sarawak (Lubok Antu, Sri Aman, Saratok, Betong dan Simunjan) - Tawaran Semula

No. Sebutharga : KP(BPPA)SBH/016/2013

Sebut harga adalah dipelawa secara terbuka kepada kontraktor-kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan CIDB Gred G1-G3, pengkhususan dalam SPKK Kategori E; E04 dan E11 dan memegang Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang masih sah.


Pertandingan Seni Jawi Nusantara

Akhbar Utusan Melayu Mingguan akan menganjurkan Pertandingan Seni Jawi Nusantara. Pertandingan ini bertujuan menarik minat generasi muda menggunakan tulisan jawi sebagai platfom seni kontemporari dan menggalakkan mereka menguasai tulisan yang telah menjadi legasi bangsa dan negara. Pertandingan tahunan ini merupakan penganjuran keempat dan akan dilaksanakan mulai 19 Julai hingga 13 September 2013.

18 Jul 2013

Sayembara Penulisan Kreatif (Cerpen Berunsur Islam) Peringkat Kebangsaan sempena Sambutan Maulidur Rasul Kementerian Pendidikan Malaysia 1435H

Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka menganjurkan Sayembara Penulisan Kreatif (Cerpen Berunsur Islam) Peringkat Kebangsaan Sempena Sambutan Maulidur Rasul Kementerian Pendidikan Malaysia 1435H. Ia terbuka kepada pegawai, guru dan  kakitangan yang berkhidmat di sekolah dan institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.

12 Jul 2013

Pengumuman Penyediaan Video e-Guru dan Portal e-Guru Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Mulai dari 10 April 2013, portal e-Guru KPM yang merupakan perpustakaan maya bagi koleksi video e-Guru dapat diakses secara atas talian dengan melayari URL: pnp.moe.edu.my/eguru . Video e-Guru adalah video Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) berlandaskan Standard 4 SKPM 2010, suatu standard bagi menilai keberkesanan PdP guru yang dicerap. Setiap video e-Guru menunjukkan dengan jelas pelbagai kemahiran pedagogi guru dalam bilik darjah sebenar yang boleh dijadikan contoh dan panduan bagi menambah baik PdP guru.

Untuk maklumat lanjut, sila muat turun surat makluman di bawah ;
Surat makluman video eguru

Sumber : KPM

Permohonan ke Politeknik Pelajar Berkeperluan Khas Sesi Disember 2013

Sila muat turun Borang Permohonan Pelajar Berkeperluan Khas ke Politeknik Sesi Disember bermula 15 Julai 2013 hingga 28 Julai 2013.

Borang yang telah lengkap diisi dan disahkan hendaklah dihantar ke alamat berikut sebelum atau pada 30 Ogos 2013 :

10 Jul 2013

Pelantikan Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), KPM

Dr. Aris bin Kasan
Adalah dimaklumkan bahawa YBrs. Dr. Aris Bin Kasan telah dilantik sebagai Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia berkuatkuasa mulai 1 Julai 2013.

Setiausaha Bahagian
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM)
No. Tel: 03-8884 7898
No. Faks: 03-8884 7687


Sumber : KPM

4 Jul 2013

Siri Mesyuarat Jabatan Pelajaran Sarawak Bil. 4/2013 (Bahagian II)

Siri Mesyuarat Jabatan Pelajaran Sarawak Bil.4/2013 (Bhg II)) akan berlangsung pada 8 hingga 9 Julai 2013 (Isnin - Selasa) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 4, Jabatan Pelajaran Sarawak, Kuching. Mesyuarat tersebut akan dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Pengarah Pelajaran Sarawak, Encik Abdillah bin Adam.



Waktu Persekolahan Dalam Bulan Ramadan Tahun 2013

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuat keputusan membenarkan sekolah-sekolah sesi petang yang mempunyai guru dan murid yang beragama Islam menamatkan sesi persekolahan seawal jam 5.30 petang bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dan jam 5.00 petang bagi negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan sepanjang bulan Ramadan ini (10 Julai 2013 - 6 Ogos 2013).

2 Jul 2013

Permohonan Program Matrikulasi Sesi 2014/2015

Sukacita dimaklumkan, permohonan ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2014/2015 akan bermula pada 1 Julai sehingga 10 Oktober 2013.
Sumber : KPM

Permohonan Mengikuti Program Antarabangsa Pendidikan Jasmani dan Kejurulatihan Sukan 2013

Program Diploma Antarabangsa Pendidikan Jasmani dan Kejurulatihan Sukan (DAPJKS) bagi Guru-guru Pendidikan Jasmani dan Guru-guru Sukan Sekolah Rendah dan Menengah di Malaysia ini merupakan satu program kerjasama antara Kementerian Pelajaran Malaysia dan United States Sports Academy.


Aplikasi Permohonan Mengikut Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia Sesi 2014/2015

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia sesi 2014/2015 telah dibuka mulai 1 Julai 2013 sehingga 10 Oktober 2013. Sila baca terma dan syarat-syarat permohonan dengan teliti sebelum memohon di sini. Sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) di 03-88844083 atau sila klik di sini.
 
Sumber : KPM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...