Carian Blog :

Memuatkan ...

19 Jul 2013

Sebut Harga Untuk Kerja-Kerja Pendawaian Semula Elektrik bagi Sekolah-Sekolah Kerajaan di bawah Pakej Ransangan Khas (PRK) untuk Kementerian Pendidikan Malaysia, Zon 7 Sarawak (Lubok Antu, Sri Aman, Saratok, Betong dan Simunjan) - Tawaran Semula

No. Sebutharga : KP(BPPA)SBH/016/2013

Sebut harga adalah dipelawa secara terbuka kepada kontraktor-kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan CIDB Gred G1-G3, pengkhususan dalam SPKK Kategori E; E04 dan E11 dan memegang Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang masih sah.



Kontraktor WAJIB menghadirkan diri pada taklimat yang akan diadakan. Kontraktor WAJIB membawa bersama sijil pendaftaran ASAL PKK Taraf Bumiputera dan CIDB untuk mendaftar kehadiran dan menunjukkan sijil tersebut kepada pegawai Kementerian sewaktu pendaftaran dan lawatan dilaksanakan.

Kontraktor juga perlu menyediakan dan menyerahkan satu (1) salinan fotokopi sijil pendaftaran PKK dan CIDB untuk simpanan pejabat ini. Dokumen sebut harga tersebut boleh diperolehi dengan harga RM 30.00 selepas taklimat diadakan. Taklimat akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 23 Julai 2013 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Auditorium Utama, Jabatan Pelajaran Sarawak, Jalan Diplomatik Off Jalan Bako, Petrajaya, Kuching, Sarawak (082-473473)

Untuk keterangan lanjut, sila muat turun Kenyataan Sebut Harga berikut. 

Sumber : KPM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...