Carian Blog :

19 Jul 2013

Tender Perkhidmatan Kebersihan Bangunan dan Kawasan di Sekolah / Institusi Pendidikan (Zon Sarawak)

Adalah dimaklumkan bahawa Tender Perkhidmatan Kebersihan Bangunan dan Kawasan di Sekolah / Institusi Pendidikan akan mula dijual pada 21 Ogos 2013 (Rabu).  Tawaran ini adalah dipelawa kepada pembekal-pembekal Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah Kod Bidang Bekalan / Perkhidmatan di bawah Kepala dan Sub-Kepala 221001 (Pembersihan Bangunan dan Pejabat) dan 221002 (Membersih Kawasan) yang masih sah dan berkuatkuasa. Sub Kepala 220401 (Mencuci Bangunan) dan 220402 (Mencuci Kawasan) adalah tidak diterima.

Taklimat bagi tender yang tersebut di atas akan diadakan berdasarkan ketetapan berikut ;

Tarikh : 19 Ogos 2013 (Isnin)
Pendaftaran : 8.30 pagi
Taklimat : 9.30 pagi
Tempat : Auditorium Utama, Jabatan Pelajaran Sarawak, Jalan Diplomatik Off Jalan Bako, 93050 Kuching, Sarawak

Untuk keterangan lanjut, sila muat turun Kenyataan Tawaran berikut.

Sumber : KPM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...