Carian Blog :

31 Ogo 2013

Semakan Penempatan Guru Interim j-QAF Ambilan 2012 bagi Tahun 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa maklumat PENEMPATAN GURU INTERIM j-QAF AMBILAN 2012 BAGI TAHUN 2013 yang telah diperaku boleh disemak di portal KPM di sini mulai 4 September 2013, bagi calon yang ditawarkan penempatan ke Sabah, Sarawak dan WP Labuan, sila muat turun borang pengesahan kehadiran ke majlis orientasi di Hotel Sama-Sama KLIA di lampiran pada ruangan MUAT TURUN pemberitahuan ini.

30 Ogo 2013

Senarai Peminjam Tegar Pinjaman Pelajaran Kementerian Pelajaran Malaysia sehingga 31 Ogos 2013

Dimaklumkan bahawa dilampirkan senarai Nama Peminjam Tegar Kementerian Pelajaran Malaysia. (Pembayaran yang telah dibuat pada bulan semasa  akan dikemaskini pada bulan berikutnya)

29 Ogo 2013

Semakan Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) DG41 Lantikan Tetap (2 September 2013)

Sukacita dimaklumkan bahawa maklumat Penempatan Guru Baharu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) bagi graduan IPTA dan IPGM yang telah diperaku boleh disemak di laman web KPM (klik di sini) bermula 29 Ogos 2013. Tuan/puan yang membuat semakan boleh menghubungi Jabatan/Bahagian sebagaimana yang tertera di ruang MAKLUMAN untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan penempatan tuan/puan. 

Sumber : KPM

27 Ogo 2013

Permohonan secara online Kemasukan Murid ke Tingkatan Satu (1) dan Tingkatan Empat (4) di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), KPM

Permohonan secara online Kemasukan Murid ke Tingkatan Satu (1) dan Tingkatan Empat (4) di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), KPM bagi tahun 2014 akan dibuka pada 1 September 2013 hingga 15 Oktober 2013. Sila layari laman web KPM di http://www.moe.gov.my untuk sebarang keterangan lanjut.
 
Sumber : KPM

25 Ogo 2013

Siri Mesyuarat Jabatan Pendidikan Negeri Bil. 5/2013

Siri Mesyuarat Jabatan Pelajaran Sarawak Bil. 5/2013 akan berlangsung pada 26 hingga 29 Ogos 2013 (Isnin - Khamis) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 4, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Kuching. Mesyuarat tersebut akan dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Pengarah Pendidikan Sarawak, Encik Abdillah bin Adam.



19 Ogo 2013

Aplikasi Permohonan Murid Berkeperluan Khas ke Tingkatan 1 dan 4 bagi Sesi Persekolahan 2014

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bagi sesi persekolahan tahun 2014 boleh dibuat melalui laman sesawang http://www.moe.gov.my  kemudian  klik  e-PKHAS . Permohonan dibuka mulai 20 Ogos 2013 sehingga 20 Oktober 2013. Sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi Bahagian Pendidikan Khas di talian 03-88849186 / 03-88849494 / 03-88849152.

Sumber : KPM

16 Ogo 2013

Tawaran Biasiswa Antarabangsa Malaysia 2014

The Malaysia International Scholarship (MIS) is an initiative by the Malaysian Government to attract the best brain from around the world to pursue advanced academic studies in Malaysia. This scholarship aims to support Malaysian Government's effort to attract, motivate and retain talented human capital from abroad.

Talented international students with excellent academic records and outstanding co-curricular backgrounds are welcomed to apply for this scholarship and further their studies in any selected and well-established Malaysian public and private universities.

15 Ogo 2013

Makluman Penyelarasan Pemakaian Nama ‘Kementerian Pendidikan Malaysia’ Bagi Papan Tanda Bangunan, Papan Tunjuk Arah Serta Kenderaan Jabatan

Salam Sejahtera YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,
Bersama-sama ini ini disertakan Surat Makluman Penyelarasan Pemakaian Nama ‘Kementerian Pendidikan Malaysia’ Bagi Papan Tanda Bangunan, Papan Tunjuk Arah Serta Kenderaan Jabatan yang berkaitan untuk makluman dan tindakan selanjut pihak YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/tuan/puan.


Sumber : KPM

Makluman Pertukaran Nama Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Di Kementerian Pendidikan Malaysia

Salam Sejahtera YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,
 
Bersama-sama ini ini disertakan Surat Makluman Pertukaran Nama Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Di Kementerian Pendidikan Malaysia yang berkaitan untuk makluman dan tindakan selanjut pihak YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/tuan/puan.


Sumber : KPM

Semakan calon layak Temuduga Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Peringkat Kedoktoran dan Sarjana Tahun 2014

Adalah dimaklumkan bahawa semakan calon layak temuduga Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Peringkat Kedoktoran Dan Sarjana Tahun 2014 boleh mula disemak mulai 1 Ogos 2013 (Khamis) di laman sesawang KPM http://apps.moe.gov.my/ehlp/temuduga
 
Sumber : KPM

The 21st World Children’s Picture Contest

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Luar Negeri Jepun, Kementerian Pelajaran Jepun dan beberapa agensi Korporat Jepun yang lain akan mengadakan 21st World Children’s Picture Contest pada tahun ini.  Penganjur pertandingan IE-NO-HIKARI Association menjemput kanak-kanak/para pelajar sekolah di Malaysia untuk menyertai pertandingan melukis tersebut.

The 21st World Children Picture Contest

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Luar Negeri Jepun, Kementerian Pelajaran Jepun dan beberapa agensi Korporat Jepun yang lain akan mengadakan 21st World Children’s Picture Contest pada tahun ini.  Penganjur pertandingan IE-NO-HIKARI Association menjemput kanak-kanak/para pelajar sekolah di Malaysia untuk menyertai pertandingan melukis tersebut.

1 Ogo 2013

Senarai Peminjam Tegar Pinjaman Pelajaran Kementerian Pelajaran Malaysia sehingga 31 Julai 2013

Dimaklumkan bahawa dilampirkan senarai Nama Peminjam Tegar Kementerian Pelajaran Malaysia. (Pembayaran yang telah dibuat pada bulan semasa  akan dikemaskini pada bulan berikutnya)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...