Carian Blog :

20 Sep 2013

Program Yuran Pengajian Secara Separuh Masa Kepada Penjawat Awam

Adalah dimaklumkan bahawa tawaran Program Yuran Pengajian Secara Separuh Masa Kepada Penjawat Awam (Lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan) kini boleh dicapai melalui  URL berikut http://apps.moe.gov.my/eyuran bermula dari 7hb. September hingga 30 September  2013

Sumber : KPM

17 Sep 2013

Tawaran Biasiswa Sinergi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Di KPM Ambilan Tahun 2014

Sukacita dimaklumkan bahawa KPM memberi peluang kepada PPPS di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) serta  PPPS yang berminat untuk berkhidmat di SBP bagi mengikuti Program Biasiswa Sinergi KPM-UTM ambilan tahun 2014  di peringkat Kedoktoran. 
Sehubungan itu, PPPS yang sedang berkhidmat dengan KPM dan berminat untuk mengikuti program ini boleh mengemukakan permohonan tersebut kepada Bahagian Tajaan Pendidikan (BT). Permohonan hendaklah dikemukakan ke BT selewat-lewatnya sebelum atau pada 16 Oktober 2013 (Rabu).



Muat Turun


Sumber : KPM

15 Sep 2013

Jadual Penerbangan Penempatan Guru j-QAF Ambilan 2012 bagi Tahun 2013

Maklumat Penerbangan ke Sabah, Sarawak dan WP Labuan akan dimaklumkan di laman web KPM dari semasa ke semasa.
 
Pendaftaran di Hotel Sama-Sama KLIA ialah sehari sebelum tarikh penerbangan pada jam 3 petang.
 

13 Sep 2013

Kenyataan Akhbar Isu Berkaitan Dakwaan Pertukaran Guru Menggunakan Pembayaran Melalui Orang Tengah


  1. Dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah meneliti dakwaan berkaitan isu guru membuat pembayaran melalui orang tengah untuk tujuan pertukaran seperti yang disiarkan dalam Akhbar The Malay Mail bertarikh 9 September 2013.
2.  KPM juga ingin memaklumkan bahawa prosedur pertukaran guru adalah berdasarkan kriteria utama yang telah ditetapkan seperti berikut;
2.1 Keperluan perkhidmatan.
2.2 Kekosongan jawatan di negeri yang dipohon; dan
2.3 Keperluan opsyen/mata pelajaran di negeri yang dipohon.
  1. Walau bagaimanapun, pihak KPM amat menyedari terdapat juga isu-isu lain yang perlu diberi pertimbangan dalam menentukan kelulusan pertukaran seseorang guru termasuk faktor kesihatan yang kronik dan ancaman keselamatan terhadap guru berkenaan.
  1. Pihak KPM juga amat memandang serius terhadap dakwaan yang mengatakan ada guru yang ingin bertukar menggunakan orang tengah dengan syarat pembayaran sejumlah wang bagi maksud pertukaran tersebut. Dalam hal ini Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM telah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk mengkaji secara terperinci dakwaan tersebut.
  1. Dalam hal ini juga, KPM telah mengambil beberapa langkah tambahan secara lebih telus dan terbuka di mana guru yang tidak berpuas hati termasuk yang ingin merayu terhadap permohonan mereka boleh datang berbincang secara bersemuka dengan pegawai-pegawai yang terlibat termasuk dengan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM.

Sumber : KPM

2 Sep 2013

Kebenaran menggunakan peruntukan bantuan geran per kapita (PCG) mata pelajaran Vokasional (MPV) yang telah disalurkan ke sekolah bagi Pelaksanaan Program Rintis Pendidikan Asas Vokasional (PAV)


Kebenaran menggunakan peruntukan bantuan geran per kapita (PCG) mata pelajaran Vokasional (MPV) yang telah disalurkan ke sekolah bagi Pelaksanaan Program Rintis Pendidikan Asas Vokasional (PAV).
Muat Turun
Surat Siaran


Sumber : KPM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...