Carian Blog :

18 Feb 2014

Siri Mesyuarat Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Bil. 1/2014

Siri Mesyuarat Jabatan Pelajaran Sarawak Bil. 1/2014 akan berlangsung pada 24 hingga 27 Februari 2014 (Isnin - Khamis) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 4, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Kuching. Mesyuarat tersebut akan dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Pengarah Pendidikan Sarawak, Datu Abdillah bin Adam.


Berikut adalah salinan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan perkara di atas sebagai makluman dan rujukan:

Ahli-ahli mesyuarat yang berkaitan dipohon untuk mengembalikan Lampiran B kepada Unit Perhubungan dan Pendaftaran, Sektor Pengurusan Sekolah sebelum atau pada 19 Februari 2014 (Rabu) secara serahan terus / faks (082-473730) atau emel hndswk.moe@1govuc.gov.my.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Suffian bin Haji Jalet atau Encik Mohd Sophian bin Mohd Ali Yakop di talian 082-473732 / 712 / 74.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...