Carian Blog :

6 Nov 2014

Pengemaskinian Takwim dan Direktori Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak 2015

Adalah dimaklumkan bahawa Unit Perhubungan dan Pendaftaran, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak sedang mengemaskini dan merangka Direktori dan Takwim Jabatan Pendidikan Sarawak 2015.
Sehubungan dengan itu, Sektor / PPD / Bahagian / Institusi yang berkaitan dipohon untuk melengkapkan lampiran-lampiran seperti yang tersebut di bawah bagi tujuan tersebut.

Lampiran Direktori dan Takwim 2014 yang telah dikemaskini hendaklah dikemukakan sebelum atau pada 24 November 2014 (Isnin) kepada Unit Perhubungan dan Pendaftaran, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak melalui emel hndswk.moe@1govuc.gov.my.

Berikut adalah salinan "soft copy" lampiran-lampiran yang berkaitan untuk makluman dan tindakan pihak yang berkenaan.

Lampiran Direktori 2015
  • Lampiran A (format untuk tindakan semua IPGM di Sarawak, PPSMS, MGBS, KGBS, STU, KGS dan IAB sahaja)
  • Lampiran A (format untuk tindakan Sektor, Pejabat Pendidikan Daerah, BTPN dan JNJK sahaja)

Lampiran Takwim 2015
(Untuk tindakan semua Sektor, BTPN dan Audit Dalam sahaja)
  • Lampiran 1 (maklum balas cadangan mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan dengan Siri Mesyuarat Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Tahun 2015)
  • Lampiran 2 (maklum balas cadangan mesyuarat / aktiviti penting sepanjang tahun 2015)

Pegawai meja yang bertanggungjawab bagi perkara yang tersebut di atas adalah seperti berikut ;
  • Direktori 2015 : Encik Ho Khee Loke di talian 082-473714
  • Takwim 2015 : Mohd Sophian bin Mohd Ali Yakop di talian 082-473732
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...