Carian Blog :

9 Nov 2015

Pengemaskinian Direktori Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak 2016

Adalah dimaklumkan bahawa Unit Perhubungan dan Pendaftaran, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak sedang mengemaskini Direktori Jabatan Pendidikan Sarawak 2016.
Sehubungan dengan itu, Sektor / PPD / Bahagian / Institusi yang berkaitan dipohon untuk melengkapkan lampiran seperti yang tersebut di bawah bagi tujuan tersebut.

Lampiran Direktori 2016 yang telah dikemaskini hendaklah dikemukakan sebelum atau pada 20 November 2015 (Jumaat) kepada Unit Perhubungan dan Pendaftaran, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak melalui emel hndswk.moe@1govuc.gov.my atau hnd.sps@gmail.com .

Berikut adalah salinan "soft copy" lampiran-lampiran yang berkaitan untuk makluman dan tindakan pihak yang berkenaan.

Lampiran Direktori 2016
  • Lampiran A (format untuk tindakan semua IPGM di Sarawak, PPSMS, MGBS, KGBS, STU, KGS dan IAB sahaja)
  • Lampiran A (format untuk tindakan Sektor, Pejabat Pendidikan Daerah, BTPN dan JNJK sahaja)

Pegawai meja yang bertanggungjawab bagi perkara yang tersebut di atas adalah seperti berikut ;
Encik Ho Khee Loke (082-473717)
Mohd Sophian bin Mohd Ali Yakop (082-473732)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...