Carian Blog :

Latar Belakang JPN Sarawak


Secara amnya, Pentadbiran JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK bermula dengan Lima Bahagian mengikut pembahagian daerah negeri. Ia terdiri daripada :
  • Bahagian Pertama dengan daerah kecil Kuching, Lundu, Bau, Serian dan Simunjan.
  • Bahagian Kedua dengan daerah kecil Simanggang, Lubok Antu, Betong, dan Saratok.
  • Bahagian Ketiga dengan daerah kecil Sibu, Mukah / Dalat (dibawah satu pentadbiran), Daro, Maradong, Sarikei dan Kapit.
  • Bahagian Keempat dengan daerah kecil Miri, Baram dan Bintulu.
  • Bahagian Kelima dengan daerah kecil Limbang dan Lawas.

Pada tahun 1973, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak telah melalui penambahan Bahagian pentadbiran iaitu Bahagian Keenam dan Bahagian Ketujuh. Dalam penstrukturan tersebut pejabat daerah kecil terbahagi kepada :

  • Bahagian Keenam dengan daerah kecil Sarikei, Julau dan Matu /Daro.
  • Bahagian Ketujuh dengan daerah kecil Kapit, Belaga dan Song.

Penstrukturan semula Pejabat Pendidikan Bahagian dan Pejabat Pendidikan Daerah yang kemudiannya dikenali sebagai Pejabat Pendidikan Gabungan (PPG) dan Pejabat Pendidikan Daerah Kecil (PPDK) pada tahun 2003 menyaksikan pengwujudan 4 buah PPG yang baru iaitu PPG Bintulu, PPG Samarahan, PPG Betong dan PPG Mukah. serta sebuah PPDK yang baru iaitu PPDK Padawan. Dengan itu wujudlah 11 buah PPG dan 20 buah PPDK yang kesemuanya berjumlah 31 buah.

Walaubagaimanapun pada tahun 2008, kesemua PPG dan PPDK melalui penstrukturan dan di kenali sebagai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang berjumlah 30 buah seperti yang ada sekarang.


Sumber : www.moe.gov.my/jpnsarawak
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...