Carian Blog :

Fungsi Sektor Pengurusan Sekolah

Sektor Pengurusan Sekolah terdiri daripada Unit Sekolah Menengah, Unit Sekolah Rendah, Unit Perhubungan dan Pendaftaran dan Unit Prasekolah. 

Sektor ini bertanggungjawab terhadap hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan sekolah, kelas, penempatan dan pertukaran guru dan murid, pembangunan institusi sekolah, perhubungan awam serta pendaftaran institusi-institusi pendidikan.

Tanggungjawab Sektor Pengurusan  Sekolah ialah untuk mengembangkan, meningkatkan, serta memantapkan pengurusan sekolah yang sistematik dan berkualiti secara berterusan melalui :-
 
  • Perancangan Pra-Sekolah, Sekolah Rendah Dan Menengah
  • Pendaftaran/Pertukaran Murid
  • Pendaftaran/Pertukaran Pelajar Asing
  • Pertukaran/Penempatan Guru
  • ABM (Kewangan/Perjawatan)
  • Pemantauan Sekolah
  • Pertukaran Nama Sekolah
  • Pendaftaran Lencana
  • Pendaftaran Ahli Lembaga Pengurus Sekolah
  • Kebenaran Kutipan Derma
  • Permohonan Bersekolah Semula (Kes Disiplin)
  • Kebenaran Membuat Kajian
  • Kebenaran Membuat Lawatan Oleh Murid-Murid Sekolah
  • Permit Guru Tidak Mendaftar
  • Tugas-Tugas Protokol
  • Perancangan Sekolah Yang Mempunyai Kelas/ Subjek Teknikal Dan Vokasional
  • Pengurusan SBP Dan Kluster
  • Perhubungan Dan Aduan Awam
Sumber : http://www.moe.gov.my/jpnsarawak & Sektor Pengurusan Sekolah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...