Carian Blog :

Objektif Unit H&D

OBJEKTIF UNIT

Memastikan urusan pendaftaran institusi pendidikan kerajaan dilaksanakan selaras dengan Akta Pendidikan 1996 dan semua urusan perhubungan dilaksanakan dengan cepat serta mengikut peraturan dan prosedur yang ditetapkan.

Bagi memantapkan kualiti  pengurusan organisasi unit ini, setiap bidang tugas telah dikategorikan di bawah 2 tugas utama iaitu:-

Tugas Perhubungan/ Aduan
  • Kebenaran menggunakan premis sekolah, mengadakan kajian / penyelidikan, ceramah, membuat penggambaran, lawatan  ke institusi  pendidikan, Program Pelancongan Pelajar, cuti ganti, cuti peristiwa dan kutipan derma.
  • Kebenaran  mengutip bayaran persekolahan.
  • Menyelaras aduan peringkat negeri.
  • Permohonan mengundang orang kenamaan.
  • Urus setia Dewan Undangan Negeri/Parlimen.
  • Mengurus Perutusan dan Ucapan Pengarah.
  • Kebenaran mengeluarkan senarai dan maklumat institusi pendidikan.
  • Menyediakan Laporan Tahunan Jabatan.
Tugas Pendaftaran
  • Mengurus pendaftaran/pertukaran nama sekolah.
  • Mengurus pendaftaran lencana logo, lagu dan bendera serta  persatuan / kelab sekolah.
  • Mengurus pendaftaran Ahli Lembaga Pengurus Sekolah.
  • Mengurus pendaftaran Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG).
  • Pendaftaran Murid Bukan warganegara (Kelulusan & Pendaftaran).
  • Pendaftaran Permit Mengajar ( Sekolah Kerajaan / Bantuan Kerajaan).

OBJEKTIF KUALITI

Kebenaran/Kelulusan
  • Memastikan semua permohonan pelbagai perkhidmatan yang memerlukan kelulusan KPM akan dikemukakan dalam tempoh tidak lebih 15 hari dari tarikh terima permohonan.
  • Memastikan surat kelulusan bagi setiap permohonan pelbagai perkhidmatan yang memenuhi syarat diluluskan dalam tempoh tidak lebih 30 hari dari tarikh terima permohonan.
Pendaftaran
  • Memastikan semua permohonan yang memenuhi syarat diluluskan dalam tempoh tidak lebih 30 hari daripada tarikh permohonan.
  • Memastikan setiap permohonan pendaftaran institusi pendidikan kerajaan yang lengkap dan memenuhi syarat diproses dan diluluskan dalam tempoh tidak melebihi 90 hari.
Pengurusan Aduan
  • Memastikan surat akuan terima akan dikeluarkan kepada pengadu dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh terima aduan.
  • Memastikan surat jawapan hasil siasatan akan disampaikan kepada pengadu dalam tempoh 2 minggu dari tarikh is disahkan.
  • Memastikan laporan analisis maklum balas pelanggan disediakan 2 minggu selepas tarikh terima daripada sektor/unit.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...